Maklumat Penanaman Dianthus Super Parfait
Barbarini, Charms, Diabunda, Dulce, Elation, Fandango, Super Parfait
DIANTHUS HYBRIDA

Kadar minima percambahan – 85%
Bentuk biji benih – Bersalut, Mentah

Pembungaan

Jangkamasa bagi pertumbuhan bunga : Hari Ke-16 - 21 (3 - 4 daun akan kelihatan)

Jenis pembungaan
: Masa siang yang lama (walaupun keberkesannya tidak jelas) akan meningkatkan kadar pembungaan

Mekanisme khusus pembungaan : Dianthus adalah sensitif terhadap cahaya. Kadar cahaya yang tinggi akan mempercepatkan proses pembungaan.


Penghasilan Anak Benih

Percambahan : Keadaan optimum untuk penghasilan anak benih bermula pada hari biji benih ditaburkan sehingga perkembangan kotiledon

Perlindungan : Lindungi biji benih dengan lapisan nipis vermiculite untuk mengekalkan kadar kelembapan.

Media : pH 5.5 - 5.8 (Perhatian: Dianthus akan menunjukkan ciri-ciri kekurangan zat besi pada kadar pH yang melebihi 6.2. EC: <1

Cahaya : Cahaya adalah tidak perlu bagi percambahan. Jika ruang gelap digunakan, cahaya pada kadar 100 – 1,000 lux akan meningkatkan kadar percambahan dan mengurangkan pemanjangan tumbuhan.

Suhu : 72° - 74°F (22° - 23°C) hari pertama sehingga ketiga. Kemudian rendahkan suhu sehingga 65° - 68°F (18° - 19°C)

Kadar Kelembapan : Kadar basah (4), dari hari pertama sehingga ke-5 atau sehingga anak benih kelihatan. Pada permulaan hari ke-6, kurangkan kadar kelembapan sehingga (3) dan kemudian tingkatkannya semula (4) sehingga hari ke-11, atau sehingga kotiledon tumbuh dengan sepenuhnya. Selepas itu, selangkan kadar kelembapan di antara lembap (3) and sederhana (2).

Kandungan Air :
- 100% dari hari pertama sehingga ke-3
- Pada hari ke-4, kurangkan sehingga 40%. Berikan aliran udara melintang untuk membantu mengeringkan media melalui proses evapotranspirasi, membolehkan penyerapan oksigen pada akar.

Pembajaan : Kekalkan EC pada kadar <1. EC for air fertigasi hendaklah di bawah kadar <0.5. Dianthus amat sensitif terhadap kadar garam yang tinggi.

Pembungaan : Keadaan optimum semasa tempoh vegetatif, bermula dari perkembangan kotiledon, diperlukan untuk pertumbuhan akar sehingga penghujung lubang dalam dulang DAN untuk membolehkan tumbuhan menjadi reseptif terhadap pembungaan.

Media
: pH 5.5 – 5.8; EC 1 – 1.5

Cahaya : Berikan 12 - 15 jumlah mols atau 35,000 - 45,000 lux untuk mempercepatkan proses pembungaan. Cahaya tambahan dalam keadaan cahaya yang rendah pada 35,000 - 45,000 lux akan membolehkan pertumbuhan tunas dan akar dengan baik. Pemanjangan masa siang melepasi 10 jam akan mempercepatkan proses pembungaan.

Suhu
: 67° - 68°F (20¡C) dari hari ke-7 - ke-18. Kemudian 67°F (19°C) suhu malam dan 62°F (17°C) suhu siang.

Purata Suhu Harian : 67°F (19°C)

Kelembapan : Selang kadar kelembapan di antara basah (4) dan lembap (3). Biarkan media mencapai kadar (3) sebelum melembapkan media ke tahap (4). Beri perhatian terhadap pertumbuhan alga yang melampau. Penggunaan air pembalikan osmosis akan mengurangkan kadar pertumbuhan alga.

Pembajaan : Dalam keadaan cahaya yang tinggi, gunakan baja yang berasaskan pada ammonium (17-5-17) pada kadar nitrogen 50 - 75 ppm. Dalam keadaan cahaya yang rendah, gunakan baja yang berasaskan kalsium (14-4-14) pada kadar nitrogen 50 – 75 ppm.

Penggunaan “Growth Regulators” : Jika perlu, gunakan Cycocel (Klorida Chlormequat) pada kadar 750 – 1,000 ppm, semburan Bonzi (Paclobutrazol) pada 2 - 5 ppm, atau Sumagic (Uniconazol) pada 3 – 5 ppm.


Pertumbuhan Sehingga Dewasa

Pemindahan
: 6 - 7 minggu dari dulang denga 288 lubang.

Pembungaan : Keadaan optimum semasa tempoh vegetatif, permulaan pemindahan, adalah perlu supaya akar akan tumbuh sehingga penghujung lubang pada dulang DAN pembungaan.

Media : pH 5-5 - 5.8; EC 1.25 - 1.5

Cahaya : Berikan cahaya pada kadar 12 - 15 jumlah mol atau 35,000 - 40,000 lux untuk mempercepatkan proses pembungaan. Masa siang yang lama mungkin akan mempercepatkan proses pembungaan.

Suhu : 62° - 65°F (17° - 18°C) masa siang; 65° - 68°F (19° - 20°C) masa malam dengan DIF negatif 5 - 10° dari 5 - 9 pagi.

Purata Suhu Harian : 67°F (19°C)

Kelembapan : Selangkan tahap kelembapan di antara basah (4) dan sederhana (2). Biarkan media mencapai tahap kelembapan sederhana (2) sebelum melembapkannya semula ke tahap (4)

Kandungan Air : 40 – 70%. Berikan aliran udara melintang untuk membantu mengeringkan media melalui proses evapotranspirasi, membolehkan penyerapan oksigen pada akar.

Pembajaan : Dalam keadaan cahaya yang tinggi, gunakan baja yang berasaskan pada ammonium (17-5-17) pada kadar nitrogen 100 - 150 ppm. Dalam keadaan cahaya yang rendah, gunakan baja yang berasaskan kalsium (14-4-14) pada kadar nitrogen 100 - 150 ppm.

Penggunaan “Growth Regulators” : Jika perlu, semburkan 1 - 2 semburan Bonzi (Paclobutrazol) pada pada 5 - 8 ppm, Sumagic (Uniconazol) pada 3 - 5 ppm atau BNine (Daminozide) pada 2,500 - 3,000 ppm.


Teknik Untuk Meningkatkan Kualiti Selepas Penuaian

Masa Yang Sesuai : 1 - 2 minggu sebelum penghantaran

Penggunaan "Growth Regulator" : BNine (Daminozide) pada 2,500 - 3,000 ppm.

Pembajaan : Basahi dengan kalium nitrat pada kadar nitrogen 100 ppm

Penyakit Lazim : Fusarium (penyakit umum Dianthus, tetapi Fandango dan Dulce mempunyai toleransi yang tinggi untuk patogen ini), tompok daun Alternaria, Botrytis, Rust. Untuk mengurangkan tekanan penyakit, berikan aliran udara yang baik dan kekalkan kadar kelembapan sebanyak 40% - 50%. Pastikan daun adalah kering semasa malam. Guna fungisid yang sesuai semasa perlu, mengikut sukatan yang disarankan pada label.

Serangga Yang Lazim : Gnats Fungus, Lalat Shore, Thrips, Kutu daun, Mites Spider. Awasi tanaman pada setiap masa dana gunakan racun perosak mengikut sukatan yang disarankan pada label.

Kegunaan Produk : Dalam pasu, kombinasi, dan tumbuhan pada taman. Fandango boleh juga digunakan sebagai bunga potongan.

Spesifikasi Taman
Cahaya: Cahaya matahari yang penuh
Zon Ketahanan USDA: 5
Zon Kepanasan AHS: 9-1

Barbarini
Ketinggian Taman 8 – 10” (20 – 25 cm)
Kelebaran Taman 10 – 12” (25 – 30 cm)

Charms
Ketinggian Taman 8 – 10” (20 – 25 cm)
Kelebaran Taman 6 – 8” (15 – 20 cm)

Diabunda
Ketinggian Taman 8 – 10” (20 – 25 cm)
Kelebaran Taman 8 – 10” (20 – 25 cm)

Dulce
Ketinggian Taman 10 – 12” (25 – 30 cm)
Kelebaran Taman 10 – 12” (25 – 30 cm)

Elation
Ketinggian Taman 6 – 8” (15 – 20 cm)
Kelebaran Taman 8 - 10” (20 – 25 cm)

Fandango
Ketinggian Taman 16 – 18” (40 – 45 cm)
Kelebaran Taman 18 - 20” (45 – 50 cm)

Super Parfait
Ketinggian Taman 6 – 8” (15 – 20 cm)
Kelebaran Taman 8 - 10” (20 – 25 cm)


Jadual Dianthus (Dalam Minggu)

 

Barbarini

Charms, Dulce

Diabunda

Elation

Fandango

Super Parfait

Jumlah Masa Penanaman

15 –18

15 – 18

9 – 11

9 – 11

16 – 19

15 – 18

Masa Penanaman Utk Dulang ‘288’ Lubang

5 – 6

5 – 6

4 – 5

5 – 6

6 – 7

5 – 6

Pemindahan Sehingga Penghabisan Penanaman

Pek

9 – 11

9 – 11

5 – 7

4 – 5

N/A

9 – 11

Tanaman 4”

9 – 12

9 – 12

6 – 8

6 – 8

9 – 12

9 – 12

Tanaman 6”/ 1 gelen

10 – 12

10 – 12

6 – 9

7 – 9

10 – 12

10 – 12